Sekarang ni offroad bukan sekadar hobi. Ada yang offroad sebab perlu ke tempat kerja. Tips memilih tayar offroad juga kenala tau. Macam aku ni la, offroad sebab nak pergi sekolah mengajar. Perjalanan sepenuhnya jalan balak. Jadi aku kongsikan 5 ilmu tentang tayar yang wajib offroader tahu sebelum meredah jalan balak tu.
1. Tayar Spare
Kalau korang nak tau, biasanya kereta ada 1 tayar spare kan. Tu yang tergantung kat bawah bucket Mr FK aku. Tapi sebenarnya 1 tayar spare tak cukup. Aku tambah sebiji lagi yang dah siap pasang kat rim. Rim dan tayar secondhand je la. Tak perlu rim cantik dah tayar MT. Tayar biasa pun ok. Kenapa wajib ada 2 tayar spare?
Pernah haritu terjadi satu tayar aku bocor. So aku tukarla dengan satu tayar spare. Tengah drive tu aku terfikir, kalau la tiba-tiba tayar yang aku pakai tu pulak bocor. Kan bagus ada satu lagi spare. Mana ada bengkel tayar dekat hutan. Jadi paling selamat sediakan 2 tayar spare. Macam aku, simpan dalam bucket pastu kunci pakai rantai. Sekarang dah upgrade sikit aku simpan atas roofrack. Nak bergaya la konon.
2. Jenis Tayar
Selain tayar spare, kenala jugak pandai pilih tayar. Tayar yang aku pernah pakai Corsa MT, Archilles MT dan Sekarang Bridgstone Dueller MT. Semua sekali aku bagi 5 bintang. Sesuai atas jalan tar pastu sesuai jugak untuk jalan lumpur. Kebetulan semua tayar tu made in Indonesia. Tahan la jugak, guna 2 tahun baru habis bunga.
Geng-geng aku ada jugak yang guna Mudstar MT, GT Radial MT macam adventuro dan savero. Diorang komen pun ok. Kalau pilih tayar tu aku pilih yang mampu milik. Rim 16 , lebar 245, tinggi 75.
Kalau R 15 agaknya perlu lift up la sikit kereta korang. Rim lebar 10 jj pun aku rasa kena lift up jugak. Pasni la aku cerita tentang rim.
Kalau dah expert tu, pakai tayar AT boleh jugak. Sedang-sedang kasar. Jangan korang rembat tayar HT, tu kan highway terrain. Aku tengok dah macam takda bunga, bahaya tu.
Pilih tayar MT je. Kurangkan risiko hilang kawalan 80% masa offroad.
3. Tekanan Tayar
Ni lagi satu perkara penting korang kena tahu. Perjalanan offroad ke skolah aku memang berbatu dan berlumpur. Jadi, tekanan tayar mestilah sesuai. Biasanya aku pam tayar depan 29 dan belakang 27. Itu pun kalau tak bawa banyak barang. Kalau kereta sarat dengan barang, aku pam depan 30 belakang 29.
Aku dah pernah cuba lebih dari 30 tekanan tayar. Teruk bila langgar batu. Macam kena goncang ala-ala goyang inul. Satu lagi, masa jalan berlumpur dan licin aku dapat rasa tekanan tayar rendah lebih kuat cengkaman. Tapi ingat, jangan kurang dari 25. Rosak bunga tayar korang. Pernah aku buang angin tayar sampai 25 gara-gara terkubur atas tanah runtuh. Lepas kurangkan angin baru la boleh lepas. Kalau tak duduk la aku sana tunggu kereta lain. Itupun kalau ada la.
4. Pam Tayar
Pam tayar aku selalu bawa. Aku sorok kat bawah tempat duduk. Mana la tau tayar bocor lagi tengah jalan. Aku beli yang murah je, pam kaki yang selalu guna pam motosikal. Kalau nak guna pam jenis ni kena ada teknik. Korang mesti jek naik kereta yang macam biasa korang buat masa nak tukar tayar. Sebab, pam ni tak kuat. Pam ni boleh pam sampai 20 dps je. Cukup rasanya untuk pergi bengkel pastu tampal.
Pilih tampalan yang berkualiti, RM 20 aku bayar haritu. Tokey tu cakap boleh guna sampai tayar botak.
Ada jugak pam jenis mahal yang boleh korang beli. Ada tu yang guna elektrik. Mahal sikit tapi senang la kerja korang. Kalau malas pam tayar, sedia je 2 spare tayar.
5. Rim Tayar
Akhir sekali korang mesti pilih rim yang sesuai. Sekarang kereta dah hampir semua guna rim aloi. Ada jugak rim aloi yang sesuai, ada yang tidak. Jenis yang tak berapa sesuai yang guna batang kecil-kecil. Senang patah, senang bengkok. Kalau nak sangat cari yang berjenama macam raguna atau mana-mana rim buatan jepun. Mahal tapi tahan lasak.
Rim aloi yang terbaik berbentuk mangkuk. Korang tengok la, lori pun pakai rim mangkuk. Kuat la tu. Rim besi paling sesuai walaupun tak hensem sangat. Rim besi terbukti kuat dan lebih berat. Bila lebih berat makin stabil la kereta masa offroad. Harga pun sedikit murah.
Satu lagi pesanan aku, jangan lupa cabut cap @ penutup rim aloi korang masa offroad. Cap tu mudah tercabut. Pernah sebiji cap aku hilang, cari kat kedai memang takda. So lebih baik buka. Nanti di bandar baru pasang. Di hutan sapa nak tengok. Paling-paling monyet tepi jalan.
Aku harap semua yang aku share tadi berguna untuk geng offroader luar sana.
Monday, 24 October 2016
Pengalaman Offroad ke Sekolah
Dari dulu aku nak kongsikan pengalaman drive offroad ni. Boleh katakan tiap-tiap minggu aku offroad ulang alik miri ke skolah. Sekolah ni la tempat aku korek rezeki sambil cari berkat kongsikan ilmu dengan murid.
Semua murid di SK Long Makabar ni berbangsa Kenyah. Kaum minoriti asli di pedalaman Miri. Apa yang seronoknya, nak sampai sini perlu ada pengalaman offroad guna jalan balak. 7 hingga 9 jam perjalanan bergantung dengan cuaca.
Waktu ni la Mr Ford Kelabu @ Mr FK aku main peranan. Sebelum cerita tentang offroad, aku ceritala sikit tentang jalan ke sini. Jalan balak ni dinamakan Jalan Baram. Sepanjang jalan ni memang banyak kem balak. Jambatan diperbuat dari kayu balak lagi banyak. Kiri kanan hutan, jangan harapla nak jumpa rumah.
Ada 2 benda yang aku mesti berjaga-jaga waktu guna jalan ni. Pertama musim kemarau, kedua musim hujan.
Satu masalah besar kalau terkena musim kemarau, perlulah biasa dengan jalan ni. Perlu tahu ikut lereng atau lurah, kiri atau kanan, corner atau lurus, luas atau sempit, runtuh atau tidak. Bukan apa, debu masa kita ikut lori balak teramatlah bahaya. Tak boleh nak nampak apa-apa di depan. Kenala ikut pengalaman, ataupun pilihan terakhir berhentila tepi jalan tunggu debu reda.
Waktu hujan lain pulak ceritanya. Kalau tengah hujan, jalan tak la berapa licin. Sebabnya lumpur dekat tayar dan jalan dicuci hujan. Tapi yang teramat licin bila baru lepas hujan. Lumpur tu dah macam doh nak buat pau.
Cara aku driving Mr FK masa lepas hujan, kena guna gear yang sesuai. Mesti pandai kawal brek. Mesti tahu bila perlu dan tak perlu guna low gear.
Kalau jalan lurus dan jalan licin, guna gear 3. Low gear tak perlu. Kawal stering supaya kereta tak tersasar ke tepi. Waktu naik bukit aku guna gear 2 dan pasang low gear 4H. Bawa sederhana laju dan kawal stering. Tak perlu guna brek dan cluth.
Biasanya lepas naik bukit tu memang kita akan turun bukit. Ada 3 pilihan untuk turun bukit jika jalan licin. Pilihan pertama teknik stop and press. Pilihan kedua teknik move on no stop. Pilihan ketiga ialah Be Rough.
Teknik stop and press ni kita kena tekan sedikit brek, bila kereta dah drift tu press sedikit minyak. Kira main brek dan minyak la tu. Takda guna cluth. Teruskan dengan gear 2 atau 1. Yang dah expert tu gear 2 takpa. Yang baru nak cuba-cuba mesti guna gear 1. Pasang low gear 4H. Teknik ni paling sesuai untuk turun bukit yang tak berapa curam dan lurus.
Teknik kedua ialah move on no stop. Guna gear 1 dan low gear 4H. Jangan sesekali tekan brek, cluth atau minyak. Aku biarkan Mr FK turun slow-slow, aku cuma perlu kawal stering sikit-sikit je. Teknik ni paling bagus guna masa turun bukit yang lurus tapi agak curam.
Teknik ketiga Be Rough. Sesuai untuk turun bukit licin yang sangat curam dan bengkang bengkok. Teknik ni senang, guna gear 2 dan pasang low gear 4L. Gabungan dua gear ni kira macam kita tengah guna gear lebih rendah dari gear satu. Mr FK memang sangat perlahan masa turun bukit. Biar lambat asal selamat.
Kesemua teknik ni aku pernah guna. Terpulang kepada korang nak pilih teknik mana pun, yang penting sesuai dengan keadaan jalan. Bawa kereta offroad ni agak sukar kalau first time, tapi bila dah biasa dan banyak pengalaman InsyaAllah semuanya boleh jadi senang.
Lepas ni aku akan kongsi lagi tentang pengalaman aku semasa memandu offroad ni. Pengalaman tarik kereta yang terkubur, terundur masa naik bukit, Mr FK hilang kawalan bukan sebab degil. Semua ni aku cerita kemudian la k. Jumpa lagi. Steady pok.

Monday, 10 October 2016
Cara Halau Tikus Dari Rumah
Sebenarnya ada banyak cara nak halau tikus dari rumah kita. Kajian tentang tikus ni pun aku buat ada sebab.Lepas kes wife aku kena gigit tikus haritu. Kerja keras la aku bersihkan rumah. Siap mop lagi segala. Barang-barang yang dah tak guna semua aku buang jauh-jauh. Tekad supaya tak ada lagi tikus main gigit-gigit ni. Tak cukup ke sampah kat dapur tu, jari jugak yang dia gigit. Sedap kot.
Beberapa petua cara elakkan tikus masuk rumah yang aku pernah cuba. Ada yang dari mak bapak, kawan pastu google pun ada.
First cara elak tikus yang aku try, letak daun pandan. Kebetulan ada la pokok pandan di sekolah ni. Aku minta la sikit. Letak kat celah-celah almari, dekat kawasan hot pun mesti. Kawasan hot ni macam sekitar tong sampah, bawah dapur gas, syiling rumah, atau mana-mana lubang yang ada. Hasilnya ada la jugak berkurangan. Tapi masih ada yang degil, tak takut bau pandan agaknya. Nanti aku letak bau belacan baru tau.
Lepas tu aku cuba petua letak ubat gegat. Aku punya semangat letak sekitar dalam rumah, habis sebungkus aku belasah. Tak sampai sejam, aku sendiri yang kutip dan buang semua ubat gegat tadi. Bukan setakat wife aku, aku sendiri dah nak pengsan hidu bau ubat gegat. Terlalu kuat baunya. Ni bukan tikus,aku rasa manusia dalam rumah yang cabut lari.
Seterusnya aku dapat lagi petua, semua lubang kat dalam rumah mesti ditutup. Sekecil-kecil lubang pun kena tutup jugak. Tikus ni aku perasan segemuk mana pun boleh menyelinap masuk lubang kecil. Tak la slim mana pun. Tu yang aku geram sangat. Habis dah semua lubang aku tutup. Yang rajin aku guna papan, yang malas aku sumbat kertas je.
Aku harap lepas tu tak ada lagi tikus merayau dalam rumah. Tapi esoknya masih lagi ada. Aku guna la perangkap tikus. Mula-mula umpan biskut cheese, mahal tu. Semalaman tikus sentuh pun tak. Ingatkan sama macam dalam tv. Aku rasa tikus Malaysia tak makan cheese, diorang pandai ulam sambal je.
Cheese tak berkesan, aku letak umpan pisang. Baru letak, umpan terus mengena. Kadang-kadang aku keliru aku tengah tangkap tikus ke monyet. Habis licin pisang aku. Tapi tikus mana? Tak puas hati, letak lagi umpan pisang. Aku curi-curi la tengok. Rupanya yang datang makan umpan tu anak tikus, selamber lepas makan keluar camtu je. Muka tak bersalah langsung.
So penyelesaian aku yang terakhir. Aku jamin memang berkesan. Guna gam tikus. Banyak kedai runcit jual, ataupun kat superstore. Aku letak satu kat bawah dapur gas satu dekat bilik. Nah, semalaman dah dapat 5 ekor tikus. Tapi gam tu kalau boleh guna sekali je. Tak mahal pun.
Tikus-tikus tu aku rendam dalam air panas. Bukan niat untuk menyeksa, tapi niat aku untuk jaga kesihatan keluarga. Kalau dah sampai kes kena kencing tikus, menyesal pun tak da guna.
Setakat ni la perkongsian aku tentang cara aku halau tikus dari rumah. Dah pernah pelihara kucing, tapi kucing sekarang dah tak main la tikus-tikus ni. Semenjak ada whiskes. Steady Pok!
Pengalaman Digigit Tikus
Pengalaman digigit tikus ni bukan kena kat aku, tapi wife aku. Masa tu wife aku dah tido, sekali dengan anak-anak. Aku masih lagi kat ruang tamu tengok discovery channel.
Kira 30 minit la camtu aku lepak kat ruang tamu, tekejut beruk aku. Tiba-tiba wife aku berdiri kat pintu bilik dengan muka selamber, wife aku suruh tengok hujung jari telunjuk dia.
Aku tengok tak da apa-apa pun. Lepas tu wife aku picit la jari tu, keluar pulak darah. Wife aku cerita yang dia terbangun bila jari terasa macam kena gigit. Bila aku suluh almari, memang sah ada sekor anak tikus vroomm lari.
Mula la aku dengan wife risau. Ini memang kena gigit tikus. Tak la aku fikir banyak, terus google petua la, apa la. Tapi yang banyak aku jumpa kesannya. Rupanya kalau kena gigit tikus ni boleh menyebabkan terkancing gigi. Fuh bahaya. So tak ada cara lain, mesti terus ke klinik suntik anti tetanus.
Kalau nak ke klinik malam camni, memang tak mengizinkan. Sebab kampung tempat aku mengajar ni tak ada klinik. Ada pun 40minit guna perahu, ke kampung seberang. Jadi aku dengan wife terpaksa la ambil risiko, esok awal pagi baru ke klinik.
Esok paginya, lepas minta perlepasan dari GB aku pegila cari perahu. Sewa 100ringgit. Mahal sikit sebab kena ada pengalaman lalu sungai sini, banyak jeram. Sampai di kampung seberang, kena jalan kaki lagi 15 minit. Sampai je kat klinik, terus-terus disuruh masuk. Mungkin sebab kena gigit tikus la tu. Kalau kes biasa ko tunggu la sampai bertelur.
Lepas je MA tau problem, wife aku terus kena suntik. Tak sempat pun aku tanya apa-apa. Lepas tu baru aku tanya, suntikan apa tu tuan? oh, itu injection anti-tetanus. Syukur Alhamdulillah betul la tu, memang untuk elak kancing gigi.
Sempat la aku tanya, tak terlewat ka kami ni. MA tu pun jawab la selagi masih tak melebihi 24jam masih ok. Pastu luka wife aku berdarah. Nasib baik kami picit. Kalau kena gigit tikus, mesti picit darah sampai keluar. Supaya darah kotor tu dapat dibuang, tak la melarat ke saraf. Kalau dah ke saraf, boleh terkancing gigi la.
Satu lagi info berguna yang aku dapat dari MA tu. Kalau di gigit tikus masih belum bahaya. Yang lebih bahaya kalau kena gigit kucing atau anjing. Kena cepat-cepat pergi klinik.
Kalau tikus rumah pun tak berapa bahaya. Yang paling bahaya tikus longkang. Kalau dia gigit, tak ada ampun lagi. Sebab ada bakteria sangat merbahaya dalam air liur tikus ni. Apa-apa pun, lebih baik cegah sebelum terjadi. Tunggu entry aku seterusnya. Macam mana aku usaha supaya tak ada lagi tikus masuk rumah. Steady Pok!
Subscribe to:
Posts (Atom)