Monday, 10 October 2016

Cara Halau Tikus Dari Rumah

Sebenarnya ada banyak cara nak halau tikus dari rumah kita. Kajian tentang tikus ni pun aku buat ada sebab.Lepas kes wife aku kena gigit tikus haritu. Kerja keras la aku bersihkan rumah. Siap mop lagi segala. Barang-barang yang dah tak guna semua aku buang jauh-jauh. Tekad supaya tak ada lagi tikus main gigit-gigit ni. Tak cukup ke sampah kat dapur tu, jari jugak yang dia gigit. Sedap kot.

Beberapa petua cara elakkan tikus masuk rumah yang aku pernah cuba. Ada yang dari mak bapak, kawan pastu google pun ada. 

First cara elak tikus yang aku try, letak daun pandan. Kebetulan ada la pokok pandan di sekolah ni. Aku minta la sikit. Letak kat celah-celah almari, dekat kawasan hot pun mesti. Kawasan hot ni macam sekitar tong sampah, bawah dapur gas, syiling rumah, atau mana-mana lubang yang ada. Hasilnya ada la jugak berkurangan. Tapi masih ada yang degil, tak takut bau pandan agaknya. Nanti aku letak bau belacan baru tau.

Lepas tu aku cuba petua letak ubat gegat. Aku punya semangat letak sekitar dalam rumah, habis sebungkus aku belasah. Tak sampai sejam, aku sendiri yang kutip dan buang semua ubat gegat tadi. Bukan setakat wife aku, aku sendiri dah nak pengsan hidu bau ubat gegat. Terlalu kuat baunya. Ni bukan tikus,aku rasa manusia dalam rumah yang cabut lari.

Seterusnya aku dapat lagi petua, semua lubang kat dalam rumah mesti ditutup. Sekecil-kecil lubang pun kena tutup jugak. Tikus ni aku perasan segemuk mana pun boleh menyelinap masuk lubang kecil. Tak la slim mana pun. Tu yang aku geram sangat. Habis dah semua lubang aku tutup. Yang rajin aku guna papan, yang malas aku sumbat kertas je.

Aku harap lepas tu tak ada lagi tikus merayau dalam rumah. Tapi esoknya masih lagi ada. Aku guna la perangkap tikus. Mula-mula umpan biskut cheese, mahal tu. Semalaman tikus sentuh pun tak. Ingatkan sama macam dalam tv. Aku rasa tikus Malaysia tak makan cheese, diorang pandai ulam sambal je.

Cheese tak berkesan, aku letak umpan pisang. Baru letak, umpan terus mengena. Kadang-kadang aku keliru aku tengah tangkap tikus ke monyet. Habis licin pisang aku. Tapi tikus mana? Tak puas hati, letak lagi umpan pisang. Aku curi-curi la tengok. Rupanya yang datang makan umpan tu anak tikus, selamber lepas makan keluar camtu je. Muka tak bersalah langsung.

So penyelesaian aku yang terakhir. Aku jamin memang berkesan. Guna gam tikus. Banyak kedai runcit jual, ataupun kat superstore. Aku letak satu kat bawah dapur gas satu dekat bilik. Nah, semalaman dah dapat 5 ekor tikus. Tapi gam tu kalau boleh guna sekali je. Tak mahal pun.

Tikus-tikus tu aku rendam dalam air panas. Bukan niat untuk menyeksa, tapi niat aku untuk jaga kesihatan keluarga. Kalau dah sampai kes kena kencing tikus, menyesal pun tak da guna.

Setakat ni la perkongsian aku tentang cara aku halau tikus dari rumah. Dah pernah pelihara kucing, tapi kucing sekarang dah tak main la tikus-tikus ni. Semenjak ada whiskes. Steady Pok!

3 comments:

  1. Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan. Produk menarik yg saya lihat di internet.
    Boleh cuba satu produk menghalau Tikus dari Jepun ni. Produk “Rat Repellent”. Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang & Tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq


    ReplyDelete
  2. lawak lak baca ford kelabu punya tulisan.best2. sebab rumah saya pun ada tikus/cencurut ni. ingat orang yang ada kat siling.letak daun pandan masih ada lagi. kalau guna fogging atau kemenyan boleh tak>tq

    ReplyDelete
  3. Leh tahan kan cik siti ni punya queen. Adui.. geram sungguh kan..

    ReplyDelete