Monday, 24 October 2016

Pengalaman Offroad ke Sekolah

Dari dulu aku nak kongsikan pengalaman drive offroad ni. Boleh katakan tiap-tiap minggu aku offroad ulang alik miri ke skolah. Sekolah ni la tempat aku korek rezeki sambil cari berkat kongsikan ilmu dengan murid.

Semua murid di SK Long Makabar ni berbangsa Kenyah. Kaum minoriti asli di pedalaman Miri. Apa yang seronoknya, nak sampai sini perlu ada pengalaman offroad guna jalan balak. 7 hingga 9 jam perjalanan bergantung dengan cuaca.

Waktu ni la Mr Ford Kelabu @ Mr FK aku main peranan. Sebelum cerita tentang offroad, aku ceritala sikit tentang jalan ke sini. Jalan balak ni dinamakan Jalan Baram. Sepanjang jalan ni memang banyak kem balak. Jambatan diperbuat dari kayu balak lagi banyak. Kiri kanan hutan, jangan harapla nak jumpa rumah.

Ada 2 benda yang aku mesti berjaga-jaga waktu guna jalan ni. Pertama musim kemarau, kedua musim hujan.

Satu masalah besar kalau terkena musim kemarau, perlulah biasa dengan jalan ni. Perlu tahu ikut lereng atau lurah, kiri atau kanan, corner atau lurus, luas atau sempit, runtuh atau tidak. Bukan apa, debu masa kita ikut lori balak teramatlah bahaya. Tak boleh nak nampak apa-apa di depan. Kenala ikut pengalaman, ataupun pilihan terakhir berhentila tepi jalan tunggu debu reda.

Waktu hujan lain pulak ceritanya. Kalau tengah hujan, jalan tak la berapa licin. Sebabnya lumpur dekat tayar dan jalan dicuci hujan. Tapi yang teramat licin bila baru lepas hujan. Lumpur tu dah macam doh nak buat pau.

Cara aku driving Mr FK masa lepas hujan, kena guna gear yang sesuai. Mesti pandai kawal brek. Mesti tahu bila perlu dan tak perlu guna low gear.

Kalau jalan lurus dan jalan licin, guna gear 3. Low gear tak perlu. Kawal stering supaya kereta tak tersasar ke tepi. Waktu naik bukit aku guna gear 2 dan pasang low gear 4H. Bawa sederhana laju dan kawal stering. Tak perlu guna brek dan cluth.

Biasanya lepas naik bukit tu memang kita akan turun bukit. Ada 3 pilihan untuk turun bukit jika jalan licin. Pilihan pertama teknik stop and press. Pilihan kedua teknik move on no stop. Pilihan ketiga ialah Be Rough.

Teknik stop and press ni kita kena tekan sedikit brek, bila kereta dah drift tu press sedikit minyak. Kira main brek dan minyak la tu. Takda guna cluth. Teruskan dengan gear 2 atau 1. Yang dah expert tu gear 2 takpa. Yang baru nak cuba-cuba mesti guna gear 1. Pasang low gear 4H. Teknik ni paling sesuai untuk turun bukit yang tak berapa curam dan lurus.

Teknik kedua ialah move on no stop. Guna gear 1 dan low gear 4H. Jangan sesekali tekan brek, cluth atau minyak. Aku biarkan Mr FK turun slow-slow, aku cuma perlu kawal stering sikit-sikit je. Teknik ni paling bagus guna masa turun bukit yang lurus tapi agak curam.

Teknik ketiga Be Rough. Sesuai untuk turun bukit licin yang sangat curam dan bengkang bengkok. Teknik ni senang, guna gear 2 dan pasang low gear 4L. Gabungan dua gear ni kira macam kita tengah guna gear lebih rendah dari gear satu. Mr FK memang sangat perlahan masa turun bukit. Biar lambat asal selamat.

Kesemua teknik ni aku pernah guna. Terpulang kepada korang nak pilih teknik mana pun, yang penting sesuai dengan keadaan jalan. Bawa kereta offroad ni agak sukar kalau first time, tapi bila dah biasa dan banyak pengalaman InsyaAllah semuanya boleh jadi senang.

Lepas ni aku akan kongsi lagi tentang pengalaman aku semasa memandu offroad ni. Pengalaman tarik kereta yang terkubur, terundur masa naik bukit, Mr FK hilang kawalan bukan sebab degil. Semua ni aku cerita kemudian la k. Jumpa lagi. Steady pok.

No comments:

Post a Comment