Gigi oh gigi. Kenapa la kau sakit. Siapa tak pernah sakit gigi kan, termasuklah aku sendiri. Aku nak kongsi sikit cara nak hilangkan sakit gigi. Supaya tak la korang merana masa nak tido nanti.
Gigi ni bila dah sakit makna nya lubang gigi tu dah sampai kat dasar. Dekat dasar tu banyak saraf dan bila makan pedas atau sejuk terkena la kat saraf tadi. Sebab tu gigi boleh sakit sampai ke kepala pedihnya.
Ada banyak cara nak hilangkan sakit gigi. Sini aku senaraikan beberapa cara terbaik yang korang boleh try. InsyaAllah sakit gigi hilang.
#1
Gosok Gigi
Ada yang percaya dah terlambat kalau dah sakit baru nak gosok. Korang tersilap. Kalau dah sakit gigi cepat-cepat berus gigi sebaik-baiknya guna ubat gigi Oral-B. Mahal tapi puas hati. Berus perlahan-lahan gigi tu supaya tak terluka gusi. Kalau dah terluka bertambah la sakitnya. Cara ni aku selalu amalkan untuk hilangkan sakit gigi.
#2
Urut Kepala
Kenapa kena urut kepala? Yang sakitnya gigi bukan kepala. Memang la yang sakitnya gigi, tapi jangan lupa di mana saraf sakit kita. Seraf sakit kita kan di kepala. Jadi, cuba urut kepala terutama di bahagian dahi beberapa minit. Boleh gunakan minyak urut atau baby oil. InsyaAllah sakit gigi boleh hilang.
#3
Kapas dan ubat gamat
Ni aku pernah buat. Memang berkesan. Selepas berus gigi, ambil sedikit kapas agak-agak sebesar lubang gigi korang. Celup ke dalam minyak gamat. Lepas tu sumbat ke dalam lubang gigi yang sakit tu. Biarkan selama 5 minit. Keluarkan kapas tadi. Kalau masih rasa sakit tu boleh diulang langkah tadi. Macam masak memasak la pulak.
#4
Paracetamol
Biasanya paracetamol ni untuk legakan demam. Boleh juga diambil kalau sakit gigi tu masih teruk. Aku cadangkan actifast, ambil dua biji. Tapi jangan amalkan selalu. Takut nanti badan kita dah lali dengan ubat tu. Lama-lama dah tak berkesan dengan kita. Ambil bila perlu je la bagi aku.
#5
Cabut gigi
Yang ni boleh dikatakan pilihan terakhir korang. Cabut gigi yang sakit tu. Tak payah nak simpan lagi. Pastikan sakit gigi dah berkurangan baru boleh cabut. Kalau klinik swasta sekitar RM 50 untuk sebatang gigi. Cara ni bukan setakat hilangkan sakit gigi, tapi penting untuk elak gigi yang lain berjangkit. Kalau dah gigi yang lain pun buruk, lagi teruk kita nanti.
Setakat ni petua yang aku dapat kongsikan. Apa-apapun jaga gigi kita sebaik yang boleh. Elakkan makan makanan yang kaya dengan gula. Kalau nak sangat pastikan berus gigi selepas tu. Jangan sampai muda-muda dah pakai gigi palsu. Semoga bermanfaat.